Monday 20 June 2011

~PEMBENTUKAN MASYARAKAT~

Anak gadis lari dari rumah ikut boyfriend …?
Bapa kandung rogol anak kandung …?
Buang bayi …?
Bapa dera Anak …?
Anak bunuh Bapa…?
Cucu bersubahat rompak datok  …?
Melacur diri untuk besarkan anak-anak …?
Ya …Allah apa nak jadi dengan masyarakat sekarang !
Rungutan demi rungutan … penyelesaiannya … ?

TANGGUNGJAWAB  IBUBAPA  TERHADAP  ANAK-ANAK
Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah amanahkan kepada insan yang bergelar ibu dan bapa, supaya ibubapa menjaga dan memelihara mereka  mengikut landasan Islam. Ibubapa mesti bertanggungjawab bukan saja di dunia bahkan di akhirat sewaktu berhadapan dengan Allah kelak. Dalam rangka memelihara amanah Allah itu, ibubapa adalah diwajibkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama. Tegasnya mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya (bukan setakat pendidikan untuk UPSR, PMR atau SPM), Sebaaliknya ibubapa yang melalaikan tugas amanah ini adalah berdosa.

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya." Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya. Sabda Nabi saw:

"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam
keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan
ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau
majusi."

Hadith tersebut menunjukkan kepada kita betapa beratnya tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anaknya. Kesalahan ibubapa mendidiklah maka anak-anak sekarang menjadi tak keruan hidupnya dengan pelbagai masalah sosial.
Ibubapa mesti mengambil berat tentang soal pemakanan anak-anak. Bukan diperhatikan tentang khasiat vitamin makanan itu saja tetapi pastikan kehalalannya. Adakah ia dari sumber yang halal atau haram. Ini penting kerana mengikut Nabi 'daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka neraka lebih utama untuknya'. Sekarang ini perkara seperti ini jarang diberikan penekanan. Ingatlah segala harta benda dan anak pinak tidak akan mengiring kita masuk ke dalam kubur. Mereka hanya iringi hingga ke liang kubur saja. Selepas itu mereka semua balik ke rumah dan enjoy semula. Kita di dalam kubur bersendirian, disemadikan seorang diri di pusara yang senyap sunyi, tinggal di kubur dan tidak akan kembali lagi ke rumah besar kita.

Hanya satu saja yang paling setia mengikut kita dan menemani kita di sana. Itulah pekerjaan dan amalan kita yang ikhlas. Mereka menjadi kawan baik kita. Selepas itu apa lagi yang bersama-sama kita di kubur. Sabda Nabi:

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala
amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah
berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang
soleh yang mendoakan."

Kelebihan  membaca al-Quran.
1) Sebagai Pengubat Dan Penawar Hati,Allah s.w.t. berfirman:
Ertinya : “ Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati )bagi orang-orang yang beriman “,(Q.S.al-Isra`ayat 82)
Suatu hari,seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau,runsing,hatinya gelisah dan tidak tenteram.Ibnu Mas’ud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya:
i) Tempat orang membaca al-Quran dengan meneliti dan mendengarnya baik-baik atau ia membacanya sendiri  al-Quran itu degan baik dan tartil.
ii) Agar mendatangi majlis taklim atau tempat-tempat  orang yang sedang menuntut ilmu,mendengar syarahan,bermesyuarat dan lain-lain.
iii) Datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri  dengan beribadah dan dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Nasihat itu diikuti oleh orang tersebut.Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil al-quran dan membacanya dengan khusyuk dan tawaduk.Tiada berapa lama kemudian ,hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisah ,  Maka benarlah bahawa ubat hati ialah dengan membaca al-Quran  dengan kefahaman, mendekati orang  soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.   

No comments:

Post a Comment